Sabtu, 21 Februari 2009

Wasiat - Tuntutan & Perlaksanaan Oleh Amanah Raya Berhad



WASIAT
PENULISAN, PENYIMPANAN & PERLAKSANAAN





Amanah Raya Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1921, Dahulu dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya & Pegawai Pentadbir Pusaka. Dikorporatkan pada 1hb Ogos 1995 dibawah Akta Syarikat 1965. Pemegang saham (milik penuh kerajaan) - 99.99% (Kementerian Kewangan) & 0.01% (Pesuruhjaya Tanah Persekutuan). Undang - undang dibawah Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995.











Objektif


Apakah Itu Wasiat ? Kenapa Perlunya Wasi (Pentadbir)?


'WASIAT’ adalah suatu ‘Dokumen’ yang mempunyai ‘Kuatkuasa Undang-Undang’ yang membolehkan seseorang menentukan ‘Cara dan Bagaimana’ harta bendanya hendak dibahagikan setelah berlaku ‘Kematian’.

PEWASIAT = Orang yang membuat wasiat.

BENEFISIARI = Orang / pihak yang dinamakan dalam wasiat yang akan menerima harta pusaka.

WASI = Orang atau pihak (ARB) yang dilantik untuk melaksanakan dan menyempurnakan wasiat (Pentadbir Pusaka).




Surat Kuasa Pentadbir diperlukan untuk kegunaan pentadbiran harta pusaka anda. Bagi melayakan seseorang menjadi Pentadbir Pusaka, beliau (samada ahli keluarga atau tidak, waris atau sesiapa sahaja) mestilah mendapat persetujuan dari kesemua waris sebelum beliau boleh menjalankan tanggungjawab sebagai Pentadbir Pusaka. Tetapi masalahnya, Pentadbir Pusaka itu tidak semestinya orang yang kita senangi.






Saya tidak mahu Emak Mertua saya menjadi Pentadbir.



Macam mana saya hendak kendalikan harta ini...!!!!!!.






Saya terlampau sibuk & tiada masa.





Saya tidak mahu ambil peduli.






Mana nak cari kesemua harta itu???.




Saya masih bersedih diatas kematian suami.





Saya adalah Banduan (Pesalah).



Saya tidak peduli, saya hendak jadi Pentadbir.





Kami sudah tua.







Sekiranya anda tidak mempunyai Pentadbir Pusaka (Wasi) yang telah dilantik semasa hidup, waris anda perlu bersumpah dimahkamah bagi mendapat pengesahan mengenai status mereka sebagai waris yang layak.
Bagaimana sekiranya waris anda pada ketika itu masih berada diluar negara dan ada diantara mereka yang telah meninggal dunia atau masih lagi dibawah umur?




Pentadbir Pusaka(Wasi) bukan sahaja perlu menuntut kesemua harta simati tetapi perlu juga membahagikan harta tersebut mengikut wasiat yang telah dibuat.
Bagaimana sekiranya Pentadbir Pusaka (Wasi) tersebut GAGAL menjalankan tanggungjawabnya? Bagaimana pula jika tugas tersebut anda yang terpaksa lakukan?






“Seseorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya”


Bukhari dan Muslim




Firman ALLAH dalam Surah Al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud:

“Kamu `DIWAJIBKAN’, apabila seseorang dari kamu hampir maut (mengingati mati), jika dia ada `Meninggal-kan Harta’, (hendaklah ia) membuat `WASIAT’ untuk Ibu Bapa dan Kaum Kerabat dengan cara yang Baik (Menurut Peraturan Agama), sebagai suatu `KEWAJIPAN’ atas orang-orang yang BERTAKWA”




Firman ALLAH dalam Surah Al-Baqarah ayat 240 yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia antara kamu dan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagi mu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”



Firman ALLAH dalam Surah Al-Nisa’ ayat 6 yang bermaksud:

“Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk berkahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim itu lebih dari batas berpatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Barang siapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barang siapa yang miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas penyaksian itu).”




Kita tidak tahu bila kita akan mati dan bentuk kematian kita.
Yang Pasti Kita Akan Mati.